Friday 17 June 2011

SELAMAT TINGGAL DAN SELAMAT BERTUGAS



TAHNIAH diucapkan kepada En. Ahzali Bin Latif kerana mendapat jawatan Guru Cemerlang (GC). Maka dengan ini beliau akan melepaskan jawatan sebagai Ketua FasiLINUS Daerah Batu Pahat dan kembali mengajar di SK Seri Mulia. Semua usaha dan jasa bakti yang telah diberikan untuk meningkatkan prestasi LINUS di daerah Batu Pahat diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Semoga beliau dapat menjalankan tugas di SK Seri Mulia dengan baik dan cemerlang. Sekali lagi diucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH.

Wednesday 1 June 2011

SARINGAN 2 DAN 5 2011

Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, Saringan 2 dan 5 akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

SARINGAN MEMBACA DAN LISAN
= 20 JUN - 22 JULAI 2011
SARINGAN MENULIS
= 25 - 29 JULAI 2011
PENGISIAN DATA NKRA
= 1 - 12 OGOS 2011

Diharap Saringan 2 dan 5 dapat dijalankan dengan lancar dan menepati masa. Sebarang masalah boleh rujuk pada FasiLINUS di PPD Batu Pahat.

Sekian, terima kasih.