Saturday 12 October 2013

PENGISIAN DATA SARINGAN 2 (DARJAH 1, 2 DAN 3) TAHUN 2013

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

PERHATIAN :

Tarikh pengisian data murid di Portal NKRA bagi SARINGAN 2 LINUS (Literasi BM dan Numerasi) :

Saringan 2 - Tahun 1
Saringan 2 - Tahun 221 - 27 OKT 2013
Saringan 2 - Tahun 3

1. Pegawai FasiLINUS dan Penyelaras LINUS di sekolah perlu memastikan semua guru yang terlibat dengan pengisian data murid mengisi data murid di LINUS 2.0

2. Id Pengguna dan Katalaluan untuk PPD dan sekolah masih sama seperti di LINUS 1.0

3. Senarai nama murid untuk pengisian data Saringan LINUS adalah dimuat turun senarai nama dikemaskini di dalam APDM.

4. Pastikan maklumat murid dalam APDM adalah yang terkini.

Pegawai FasiLINUS di semua JPN & PPD dikehendaki membimbing dan membantu guru di sekolah bagi pengisian data murid bagi Saringan LINUS sekolah seliaan masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk pada En. Mohd Shukri Bin Marof, Pegawai FasiLINUS PPD Batu Pahat ditalian 012-7925295.

Sekian, terima kasih

Tuesday 8 October 2013

PEMBETULAN INSTRUMEN BERTULIS SARINGAN 2 TAHUN 2013

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Kepada;
Guru Besar,
Penyelaras Linus,
Sekolah-sekolah Rendah,
Daerah Batu Pahat.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa bahan Pembetulan Instrumen Bertulis Saringan 2/2013 boleh di muat turun di LAMAN BLOG LINUS PPD BATU PAHAT.

3. Segala pertanyaan, sila hubungi En Mohd Shukri Bin Marof-Pegawai FasiLINUS PPD Batu Pahat ditalian 012-7925295.

Sekian terima kasih.



Thursday 5 September 2013

TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN 2 UNTUK MURID TAHUN 1, 2 DAN 3.

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Guru-guru LINUS dan Pemulihan
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, Saringan 2 untuk Tahun 1, 2 dan 3 akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

SARINGAN MEMBACA/LISAN
=> 01 SEPT - 27 SEPT 2013

SARINGAN BERTULIS
=> 29 SEPT - 11 OKTOBER 2013

PENGISIAN DATA DALAM PORTAL
=> 21 OKT - 31 OKT 2013

Saringan perlu dilaksanakan untuk semua murid TAHUN 1, 2 dan 3 walaupun murid tersebut telah PERDANA. Semua murid perlu melepasi kesemua 12 konstruk untuk memasuki arus Perdana.

Diharap Saringan 2 dapat dijalankan dengan lancar dan menepati masa. Sebarang masalah boleh rujuk pada Pegawai Fasilinus PPD Batu Pahat En. Mohd Shukri Bin Marof 012-7925295.

Tuesday 6 August 2013

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Kami Fasilinus PPD Batu Pahat mengucapkan selamat bercuti kepada semua pendidik yang balik ke kampung halaman dan kepada muslimin muslimat, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

Thursday 4 July 2013

BORANG PROFIL MURID TAHUN 3 TIDAK MENGUASAI SARINGAN 1-2013

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, satu BORANG PROFIL MURID TAHUN 3 TIDAK MENGUASAI SARINGAN 1-2013 perlu diisi, disahkan oleh GB dan dihantar ke PPD Batu Pahat pada atau sebelum hari Selasa, 9 Julai 2013 untuk perhatian Pegawai Fasilinus. Sebarang pertanyaan sila hubungi Fasilinus Zon masing-masing. Sekian terima kasih.

Tuesday 25 June 2013

DIALOG PRESTASI LINUS TAHUN 3 (2013)

Guru Besar/Penyelaras LINUS
SK, SJKC dan SJKT
Sekolah-sekolah dalam lampiran

PERHATIAN :

Satu program Dialog Prestasi Linus Tahun 3 (2013) akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 1, 2 dan 3 Julai 2013
Masa  : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Seperti dalam lampiran

Maklumat selanjutnya sila layari Laman Web PPD Batu Pahat. Sekian terima kasih.

Friday 21 June 2013

KEMASKINI MAKLUMAT GURU LINUS DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2013

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, satu Borang Kemaskini Maklumat untuk Guru LINUS Tahun 2013 perlu diisi dan dihantar ke PPD Batu Pahat pada atau sebelum hari Jumaat, 5 Julai 2013 untuk perhatian Pegawai Fasilinus. Borang tersebut boleh dimuat turun melalui address di bawah atau dari Laman Web PPD Batu Pahat. Sekian, terima kasih.

http://www.mediafire.com/download/bhkj5t1bicvldkf/BORANG_KEMASKINI_MAKLUMAT_GURU_LINUS_DAERAH_BATU_PAHAT_TAHUN_2013.xls

Monday 6 May 2013

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 (DARJAH 1, 2 DAN 3) TAHUN 2013

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

PERHATIAN :

1. Masukkan ID Pengguna dan Katalaluan contoh linusjba0001

2. Untuk pengisian Data Saringan 1, guru-guru perlu klik terlebih dahulu.

--SILA PROSES DATA LINUS--

3. Kemudian baru boleh mengisi keputusan Saringan 1 mengikut darjah.

4. Hanya isikan keputusan Saringan 1 untuk Literasi-BM dan Numerasi sahaja.

5. Pastikan maklumat murid dalam APDM adalah yang terkini.

Diharap pengisian Data Saringan 1 dapat dijalankan dengan lancar dan menepati masa. Sebarang masalah boleh rujuk pada En.Mohd Shukri Bin Marof, Pegawai FasiLINUS (012-7925295) di PPD Batu Pahat.

Friday 3 May 2013

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 (DARJAH 1, 2 DAN 3) TAHUN 2013

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

PERHATIAN :

Tarikh pengisian data murid di Portal NKRA bagi SARINGAN LINUS (Literasi BM dan Numerasi) :

Saringan 1 - Tahun 1
Saringan 1 - Tahun 2 - 6 hingga 15 Mei 2013
Saringan 1 - Tahun 3

1. Pegawai FasiLINUS dan Penyelaras LINUS di sekolah perlu memastikan semua guru yang terlibat dengan pengisian data murid mengisi data murid di LINUS 2.0

2. Id Pengguna dan Katalaluan untuk PPD dan sekolah masih sama seperti di LINUS 1.0

3. LINUS 1.0 disediakan untuk memberi kemudahan kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah untuk muat turun keputusan data murid ketika Saringan LINUS dari TAhun 2010 hingga 2012.

4. Senarai nama murid untuk pengisian data Saringan LINUS adalah dimuat turun senarai nama dikemaskini di dalam APDM.

5. Keputusan Saringan 'Baseline' untuk Literasi Bahasa Inggeris TIDAK PERLU diisi ketika tempoh masa pengisian data murid untuk LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI.

Pegawai FasiLINUS di semua JPN & PPD dikehendaki membimbing dan membantu guru di sekolah bagi pengisian data murid bagi Saringan LINUS sekolah seliaan masing-masing.

Sebarang masalah boleh rujuk pada En.Mohd Shukri Bin Marof, Pegawai FasiLINUS (012-7925295) di PPD Batu Pahat.

Sekian, terima kasih

Thursday 7 March 2013

SURAT SIARAN LINUS 2.0

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Guru-guru LINUS dan Pemulihan
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

SRAB Daerah Batu Pahat

Perhatian untuk PENYELARAS LINUS SEKOLAH, sila muat turun dan ambil tindakan.

http://www.mediafire.com/view/?s9bs1sq8q1c8cki

Thursday 10 January 2013

BORANG MAKLUMAT GURU LINUS TAHUN 2013

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, satu Borang Maklumat untuk Guru LINUS Tahun 2013 perlu diisi dan dihantar ke PPD Batu Pahat untuk perhatian Pegawai Fasilinus. Borang tersebut boleh dimuat turun dari Laman Web PPD Batu Pahat. Sekian, terima kasih.

Tuesday 1 January 2013

TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN 1 UNTUK MURID TAHUN 1, 2 DAN 3.

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Guru-guru LINUS dan Pemulihan
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, Saringan 1 untuk Tahun 1, 2 dan 3 akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

SARINGAN MEMBACA/LISAN
=> 10 MAC - 19 APRIL 2013

SARINGAN BERTULIS
=> 21 APRIL - 30 APRIL 2013

PENGISIAN DATA DALAM PORTAL
=> 06 MEI - 17 MEI 2013

Saringan perlu dilaksanakan untuk semua murid TAHUN 1, 2 dan 3 walaupun murid tersebut telah PERDANA. Semua murid perlu melepasi kesemua 12 konstruk untuk memasuki arus Perdana.

Diharap Saringan 1 dapat dijalankan dengan lancar dan menepati masa. Sebarang masalah boleh rujuk pada Pegawai Fasilinus PPD Batu Pahat En. Mohd Shukri Bin Marof 012-7925295.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Kami Pegawai Fasilinus PPD Batu Pahat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua warga pendidik daerah Batu Pahat.

PENGHARGAAN PENCAPAIAN LINUS 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Kepada Semua Guru Besar, 

Guru-Guru Linus dan Pemulihan
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Kami Pegawai Fasilinus Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen tuan/puan dalam melaksanakan program LINUS sepanjang tahun 2012. Semoga kerjasama yang diberikan dapat diteruskan lagi pada tahun 2013 dengan jayanya. Sekian terima kasih.