Friday, 23 March 2012

SARINGAN BERTULIS 1, 4 DAN SARINGAN KHAS TAHUN 3

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, Saringan Bertulis 1, 4 dan Saringan Khas Tahun 3 akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

SARINGAN BERTULIS 1 DAN 4
= 1 APRIL - 13 APRIL 2012


SARINGAN KHAS TAHUN 3
= 1 APRIL - 13 APRIL 2012


PENGISIAN DATA NKRA
= 16 APRIL - 27 APRIL 2012


Diharap Saringan Bertulis 1, 4 dan Saringan Khas dapat dijalankan dengan lancar dan menepati masa. Sebarang masalah boleh rujuk pada Pegawai FasiLINUS di PPD Batu Pahat.

Sekian, terima kasih.

Monday, 12 March 2012

TAKLIMAT SARINGAN KHAS LINUS 2012

Semua Guru Besar
SK/SJKC/SJKT
Daerah Batu Pahat

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Taklimat Saringan Khas LINUS akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Mac 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Aura, Aras 2, PPD Batu Pahat

Pihak sekolah diminta mengarahkan seorang guru Tahun 3 yang mengajar BM atau MT hadir ke taklimat tersebut. Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi En. Mohd Yazi b. Jasman-Ketua FasiLINUS PPD Batu Pahat di talian 019-7404885. Sekian.

Friday, 2 March 2012

SELAMAT TINGGAL DAN SELAMAT DATANG

Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan pada En.Muriyadi bin Sapin di atas semua usaha dan jasa bakti yang telah dicurahkan untuk meningkatkan prestasi LINUS PPD Batu Pahat. Beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pegawai FasiLINUS dan kembali ke sekolah. Semoga beliau dapat menjalankan tugas ditempat yang baru dengan baik dan cemerlang.

Selamat Datang dan Selamat Bertugas diucapkan pada Pn. Suhailah Binti Mohd Yatim sebagai Pegawai FasiLINUS Numerasi PPD Batu Pahat.