Thursday, 10 January 2013

BORANG MAKLUMAT GURU LINUS TAHUN 2013

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, satu Borang Maklumat untuk Guru LINUS Tahun 2013 perlu diisi dan dihantar ke PPD Batu Pahat untuk perhatian Pegawai Fasilinus. Borang tersebut boleh dimuat turun dari Laman Web PPD Batu Pahat. Sekian, terima kasih.

Tuesday, 1 January 2013

TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN 1 UNTUK MURID TAHUN 1, 2 DAN 3.

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Guru-guru LINUS dan Pemulihan
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, Saringan 1 untuk Tahun 1, 2 dan 3 akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

SARINGAN MEMBACA/LISAN
=> 10 MAC - 19 APRIL 2013

SARINGAN BERTULIS
=> 21 APRIL - 30 APRIL 2013

PENGISIAN DATA DALAM PORTAL
=> 06 MEI - 17 MEI 2013

Saringan perlu dilaksanakan untuk semua murid TAHUN 1, 2 dan 3 walaupun murid tersebut telah PERDANA. Semua murid perlu melepasi kesemua 12 konstruk untuk memasuki arus Perdana.

Diharap Saringan 1 dapat dijalankan dengan lancar dan menepati masa. Sebarang masalah boleh rujuk pada Pegawai Fasilinus PPD Batu Pahat En. Mohd Shukri Bin Marof 012-7925295.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Kami Pegawai Fasilinus PPD Batu Pahat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua warga pendidik daerah Batu Pahat.

PENGHARGAAN PENCAPAIAN LINUS 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Kepada Semua Guru Besar, 

Guru-Guru Linus dan Pemulihan
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Kami Pegawai Fasilinus Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen tuan/puan dalam melaksanakan program LINUS sepanjang tahun 2012. Semoga kerjasama yang diberikan dapat diteruskan lagi pada tahun 2013 dengan jayanya. Sekian terima kasih.