Tuesday, 1 January 2013

TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN 1 UNTUK MURID TAHUN 1, 2 DAN 3.

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Guru-guru LINUS dan Pemulihan
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, Saringan 1 untuk Tahun 1, 2 dan 3 akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

SARINGAN MEMBACA/LISAN
=> 10 MAC - 19 APRIL 2013

SARINGAN BERTULIS
=> 21 APRIL - 30 APRIL 2013

PENGISIAN DATA DALAM PORTAL
=> 06 MEI - 17 MEI 2013

Saringan perlu dilaksanakan untuk semua murid TAHUN 1, 2 dan 3 walaupun murid tersebut telah PERDANA. Semua murid perlu melepasi kesemua 12 konstruk untuk memasuki arus Perdana.

Diharap Saringan 1 dapat dijalankan dengan lancar dan menepati masa. Sebarang masalah boleh rujuk pada Pegawai Fasilinus PPD Batu Pahat En. Mohd Shukri Bin Marof 012-7925295.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Kami Pegawai Fasilinus PPD Batu Pahat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua warga pendidik daerah Batu Pahat.

PENGHARGAAN PENCAPAIAN LINUS 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Kepada Semua Guru Besar, 

Guru-Guru Linus dan Pemulihan
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat


Kami Pegawai Fasilinus Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen tuan/puan dalam melaksanakan program LINUS sepanjang tahun 2012. Semoga kerjasama yang diberikan dapat diteruskan lagi pada tahun 2013 dengan jayanya. Sekian terima kasih.

Tuesday, 9 October 2012

PENGAMBILAN INSTRUMEN BERTULIS LINUS SARINGAN 3, 6 DAN 9 TAHUN 2012

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

Pengambilan Instrumen Bertulis Saringan 3 (Tahun 1), Saringan 6 (Tahun 2) dan Saringan 9 (Tahun 3) adalah pada ketetapan yang berikut:

TARIKH  : 11 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
MASA    : 2.30 - 5.00 PETANG
TEMPAT : STOR SUKAN PPD BATU PAHAT

Sebarang masalah boleh rujuk pada Pegawai Fasilinus PPD Batu Pahat. Sekian, terima kasih.

Monday, 10 September 2012

TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN 3 (TAHUN 1), SARINGAN 6 (TAHUN 2) DAN SARINGAN 9 (TAHUN 3) 2012

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH, Saringan 3 (TAHUN 1), Saringan 6 (TAHUN 2) dan Saringan 9 (TAHUN 3) akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

SARINGAN MEMBACA/LISAN
=> 23 SEPT - 12 OKT

SARINGAN BERTULIS
=> 14 OKT - 19 OKT

PENGISIAN DATA DALAM PORTAL
=> 22 OKT - 2 NOV

Saringan 3 (TAHUN 1) perlu dilaksanakan untuk semua murid TAHUN 1 walaupun murid tersebut telah PERDANA.


Diharap Saringan 3, 6 dan 9 dapat dijalankan dengan lancar dan menepati masa. Sebarang masalah boleh rujuk pada Pegawai Fasilinus di PPD Batu Pahat.

Sekian, terima kasih.